Isnin, 22 Julai 2013

SUSAHNYA MENCARI PRODUK HALAL HPA

Salam sekalian, rasanya sudah lama admin tidak mengemaskini blog ini.Ini disebabkan oleh kekangan masa dan juga disebabkan oleh masalah yang admin nyatakan seperti tajuk di atas. Seperti yang admin nyatakan sebelum ini, tujuan blog ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang produk halal hpa. Namun begitu sukar untuk mendapatkan produk ini sekarang. Seperti yang anda maklum admin menetap di Pontian , Johor. Dahulunya di sini ada cawangan hpa tetapi cawangan tersebut sudah tiada sekarang. Tidak tahu sama ada berpindah ke tempat lain ataupun ditutup terus. Ada terdapat cawangan di Johor Bahru tetapi admin masih belum sempat untuk melawat ke cawangan tersebut. Ini kerana disebabkan oleh kekangan masan dan juga jarak tempat.

Adalah merugikan disaat produk hpa ini meletup tapi masih kekurangan pengedarnya. Ini merupakan salah satu sebab kekangan untuk produk halal maju dan menjadi pilihan orang ramai. Admin juga perasan apabila disebut produk halal ataupun kadang-kadang disebut produk organik harga yang ditawarkan adalah berganda daripada produk yang ditawarkan di pasaran biasa. Mengapa ini berlaku?sedangkan di negara kita ini majoritinya beragama Islam dan sudah tentunya jika ada penawaran produk halal yang berlandaskan syariah sudah tentu pengguna akan menjadikannya pilihan utama. Namun dengan harga yang berganda itu menjadikan pengguna berfikir dua kali dan menyebabkan produk halal kurang mendapat sambutan

Bagi produk hpa ini ada disediakan pembelian secara online, namun apa yang menyedihkan ialah cara sistem ini diselenggara. Termasuk hari ini genap seminggu admin kembuat pesanan dan genap seminggu jugalah pesanan admin dibiarkan begitu tanpa ada maklumbalas dari penyelenggara sistem. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa produk halal kurang mendapat sambutan. Ada beberapa pengguna yang bertanyakan admin tentang produk hpa ini. Mereka berminat untuk menggunakannya. Tetapi admin terpaksa meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Sehingga admin menemui cara lain untuk mendapatkan produk hpa barulah admin dapat memenuhi permintaan mereka. Sekiranya sudah jumpa admin akan update semula di blog ini.

Selepas ini, admin akan update apa sahaja produk halal yang admin rasa sesuai di blog ini. Bukan hanya terhad produk hpa sahaja, tetapi produk keluaran bumiputera, atau yang dijual oleh bumiputera atau yang telah disahkan halal. Admin juga akan cuba update apa sahaja isu-isu yang berkaitan dengan produk berststus halal. Semua ini untuk perkongsian dan juga untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna di luar sana.

Semoga kita bertemu lagi...Salam Ramadhan admin ucapkan kepada semua.


Sekian ,terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan