Sabtu, 7 Januari 2012

Produk Halal

Dewasa ini, cabaran yang dihadapi oleh umat Islam memang mencabar. Umat Islam dicabar dari pelbagai sudut. Walaubagaimanapun, InsyaAllah dengan kekuatan iman yang telah diterapkan dalam diri setiap umat Islam kita akan dapat menepis segala cabaran yang datang.

Sebagai umat Islam mencari yang halal itu adalah tanggungjawab bagi setiap umat Islam. Masyarakat sekarang sudah tidak lagi mementingkan tentang status halal setiap barang yang mereka gunakan. Sebagai contoh ada mi segera bak kut teh halal, http://www.ohtidak.com/oh-mee-segera-bak-kut-teh-yang-halal/ .                                            makanan seperti ini memang diragui akan status halalnya. Sebagai umat Islam adalah lebih elok kita meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan keraguan kepada kita.

Oleh sebab itu, umat Islam perlu menjaga dan memastikan segala produk yang mereka pakai adalah diyakini akan status halalnya. Maka itu diharapkan dengan adanya blog ini dapat memberikan alternatif kepada masyarakat di luar sana berkenaan produk-produk yang halal yang diyakini statusnya. Sebarang komen, pendapat dan cadangan bolehlah dikemukakan untuk penambahbaikan dan juga sebagai salah satu proses pemantapan umah Islam.

Sekian...